Sunday, October 30, 2011

Siapa kata tak ada movie pasal Engineer?


Salam..

Tgh dok tensen2 psl FYP aku ni, tiba2 tergerak hati nk buat post baru dlm blog yg dh berhabuk lagi bersawang ni.. Skrg ni dh mls nk update blog sbb slalu buat2 sibuk dgn FYP (biarpon x pernah sibuk pon sbrnya)..Takpe dh final year ni boleh la claim sibuk dgn FYP..huhu

Ok, kembali pd tajuk post kali ni, baru2 ni aku ade ter-donlod (tak sengaja donlod) satu movie ni. Tajuk die October Sky, movie yg diadaptasikn drpd buku memoir Rocket Boys.


So, movie ni menceritakan psl seorg NASA Engineer, Homer Hickam, anak kpd John Hickam. Ayah die merupakan pengurus lombong arang batu di Coalwood. So, dlm bandar Coalwood tu, aktiviti melombong arang batu ni boleh dianggap sbg satu2 nye industri yg menyebabkn bandar itu hidup dan wujud. Sampaikan apabila pelajar sekolah menengah dkt Coalwood dh habis belajar, mmg akan bekerja sbg pelombong di lombong arang batu dekat situ. (Diorg dh terima nasib diorg yg hanya akan bekerja di lombong arang batu ).

Dan pada masa tu, US tgh panik sbb USSR dah ade satelit diorg sndiri , Sputnik 1, yg kononnya2 USSR sengaja melancarkan satelit tu utk meng-spy US masa era Cold War. So, drpd semangat utk tolong US lancarkn satelit diorg sndiri dgn inspirasi yg cikgu sains sekolah diorg, Miss Riley, Homer Hickam merancang dgn kwn2 dia (Roy Lee Cooke, Sherman O'dell dan Quentin Wilson) utk bina roket sndiri supaya US dpt lancarkn satelit diorg sndiri. (Pd masa tu, dh ada saintis dan engineer US yg cuba utk lancarkan roket sndiri tapi semuanya gagal dan meletup)



So, diorg cari sndiri info dan buku2 psl cara membina roket (noted pd zaman tu internet tak ade lagi dan pekan diorg hanya ada byk buku2 psl lombong arang batu je) tapi still diorg cuba utk bina roket diorg sndiri daripada kosong.. Diorg cari besi, campur serbuk bahan api sndiri dekat sekolah dan buat badan roket sndiri dgn mesin2 yg ade dekat lombong arang batu.

Then, diorg test utk lancarkan roket tu. Byk kali jugak la cubaan diorg sblom berjaya lancarkan roket dgn betul dan tidak meletup.


Tapi, John Hickam ni bantah Homer Hickam ni utk bina roket ni sbb die berharap anak dia dpt tolong die dgn bekerja di lombong arang batu. Sbb mmg ayah dia dh fikir yang Homer Hickam ni sesuai jadi pelombong arang batu mcm dia.


But then, last skali ayah die sendiri yang bangga dgn Homer Hickam ni sbb berjaya gak bina roket sndiri.


Dan ramai jugak la yg x percaya yg Homer Hickam ni boleh bina roket ni terutamanya Pengetua Sekolah dia yg anggap diorg buat kerja tak berfaedah sampai tuduh roket diorg yg menyebabkn kebakaran di satu gudang. Ade satu scene yg Homer Hickam ajar pengetua tu sndiri psl formula trajektori roket tu yg sepatutnya tak akan jatuh dekat dgn gudang tu tapi di tempat lain.




Aku nak citer panjang2 pon tak reti gak. So, kena tgok sndiri la movie ni. Aku rated filem ni antara the best filem dlm movie list aku.


Bila diorg dewasa, Homer Hickam menjadi Aerospace Engineer utk NASA, kawan2 die Quentin Wilson menjadi Chemical Engineer utk oil and gas company, Roy Lee bekerja sbg automobile car dealer and retired banker dan O'dell ade syarikat insurance agency.

Homer Hickam, retired NASA Aerospace Engineer


Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Sunday, July 31, 2011

Kepada pemilik - pemilik kereta di luar sana~


Salam..


Sejak kebelakangan ni, kereta Wira aku asyik demam -demam... Haa, ingt orang je ke yg demam panas ni? Kereta pon boleh demam ape.. Err, demam di sini bermaksud suhu enjin kereta ko tiba - tiba naik lebih dari separuh drpd suhu normal... Kalau korg biasa bwk kereta, korg akan perhatikn jarum utk suhu enjin kereta anda kebiasaannya akan menunjukkan separuh je..

Kalau suhu naik pon, die akan turun dgn cepat la sbb air drpd radiator kereta akan mengalir masuk ke dalam blok enjin kereta anda bila thermostat kereta tu detect suhu kereta ko naik untuk menurunkn balik suhu enjin kereta....Dalam kereta pon ade feedback controller, cuma yg ni on-off relay je.. Xde pakai PID controller ke Fuzzy Logic ke Neural Network controller ape..

So, dlm semua kereta, sistem radiator sgt penting dlm memastikan enjin kereta anda tidak berasap... Kalau x nak kereta ko berasap mcm dlm gambar bwh ni korg kena selalu la servis radiator kereta anda.. Bukan minyak enjin je yg kena servis selalu, radiator pon penting...



Biasanya servis radiator ni dlm 6 bulan sekali la.. atau pon klu malas sgt dah setaun skali pon jadi.. Tapi kena slalu cek la level air dlm radiator kereta tu.. Tak mahal mane pon servis radiator ni. Ade la dlm RM30 je (ni kat terengganu la)..

Mase die servis tu, dia akan cuci la bahagian dalam radiator kereta tu dgn alat die.. Alat die aku pernah tgok mcm mesin basuh gak la.. ade air mengalir masuk dlm radiator pastu keluar balik..

Ni la contoh alat die tu utk servis radiator kereta.

Lepas dh cuci radiator, die akan letak liquid coolant dan air.. Paling penting skali nasihat tokey servis radiator kat aku ialah jangan sekali-kali letak air paip biasa dlm radiator kereta tu.. Kalau boleh cari la air tapis atau air mineral.. Sbb utama die sruh mcm tu untuk elakkn bahagian dlm radiator tu berkarat.. Bila berkarat je dlm tu, boleh menyebabkn saluran radiator ko tersumbat.. Bila dh bersumbat abis, paham2 je la lepas tgok gambar kat bwh ni..




Haha... xde la mcm ni rupenye bila suhu enjin kereta dh terlampau tinggi sebenarnya.. Cuma enjin ko akan berasap sampai bahagian dlm enjin kereta mcm piston ring boleh pecah dan rosak dan akibatnya kena la overhaul enjin ko.. bila overhaul enjin tu paham2 la berapa kos die..huhu


P/s: Esok kena antar BEB masuk sepital unit rawatan pesakit luar kerana demam2..ades


Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Saturday, July 23, 2011

List filem comedy aku~




Salam..

sejak2 akhir2 ni aku asyik citer psl problem aku je dlm blog ni.. tapi post kali ni aku nk cite psl diri aku gak tapi kali ni psl movie2 n filem2 yg aku minat selama ni..

Biasanya jenis2 movie yg aku minat datang dri negara luar.. Tak kisah la barat ke jepun ke cina ke atau thailand.. Salah satu jenis movie yg aku suka ialah movie action yg banyak letup sana sini ke tembak- tembak tapi peluru x pernah2 gak habis.. Selain tu, klu filem psl perang2 lama especially WWII ataupon manusia dgn alien ke yg tu mmg wajib akan dimasukkn dlm movie list aku la..

Cite2 jiwang karat n leleh ni sgt aku x berape nk minat tapi kalau yg based on real story ke atau real experience punye storyline die maybe la aku akan tgok.. contoh filem2 yg lebih jiwang leleh yg aku x minat ialah Twilight, almost all Korea n Japan drama series dan sepupu sepapat yg se , angkatan dgn die la (hindustan, amerika selatan dan byk lagi la yg jiwang2) .. mmg xleh tahan la klu tgok citer mcm ni.. sori byk2.

Dan yg paling aku minat ialah comedy filem atau movie.. Lawak yg natural dan mmg genius yg tidak dibuat2 yg boleh membuatkn anda terpikir 2 -3 kali kebenarannya..haha

Biasanya filem2 kelakar yg aku suke tgok klu datang dri hollywood mesti akn dilakonkn oleh Jim Carrey.. Jim Carrey ni org paling kreatif dan genius klu dlm bab comedy movie ni.. Semua comedy movie yg die berlakon mmg aku minat.. Contoh filem2 comedy die yg aku suka ialah :

1) The Mask
- filem ni menceritakn psl Jim Carrey - Stanley Ipkiss seorg yg baik hati tapi selalu perempuan amik kesempatan atas kebaikan dia. Seorg pekerja bwhan di bank yg selalu kena marah dgn bos die mmg boleh dikatakan bernasib malang jugak la dlm hidup. Satu malam, die terjumpa satu topeng, The Mask, yg dikatakn ada kuasa Loki - salah satu tuhan Greek, dan dgn kuasa tu die berubah menjadi seorg yg berkulit hijau tapi kelakar..haha






Ni movie trailer The Mask.


This is one of the scene yg aku suka masa die kena tembak dlm club. "Tell scarlett, I do give a damn"..haha

Dan ade lagi la part scene kelakar yg aku suke tgok seperti mase dlm mase die jumpe cameron diaz dlm taman dan kena tangkap dgn polis.. klu korg nk tgok boleh la klik kat link bwh ni.



2) Ace Ventura : Pet Detective
- filem yg menceritakn psl Ace Ventura seorg yg boleh berkomunikasi dgn binatang dan syg kn mereka. Kerjaya tetap beliau ialah seorg Pet Detective yg akan mencari haiwan peliharaan yg hilang. Dan dlm filem ni, dia diupah utk mencari maskot dolfin yg hilang diculik dlm stadium. Dan dalam die menyelesaikan kes ni mcm2 benda menarik yg die jumpe psl Ray Finkle seorg american football yg menjadi gila selepas die miss satu sepakan penalti dlm satu game penting.





Ni movie trailer utk filem ni


Ni part yg aku suke dlm filem ni mase Ace terpaksa berlakon mcm org gila utk menyiasat dlm Hospital Psikiatri.

3) Ace Ventura: When Nature Calls
- sequel filem utk Ace Ventura Pet Detective yg kali ni die terpaksa menyiasat kehilangan kelawar albino , Shikaka, yg dianggap suci oleh dua puak org asli Wahchooto dan Wahchati. Kehilangan kelawar albino ni akan menyebabkn dua puak ni berperang kerana dianggap menghilangkn tuhan mereka.





Movie trailer die


Part paling kelakar skali mase die tgh menyiasat dlm rhino robot dan terperangkap dlm tu. last skali kluar dri ....(well u can guess where is it) haha

4) Fun With Dick and Jane
- antara filem terbaru die yg menceritakan psl kerjaya Dick yg dinaikkan pangkat dlm syarikat yg beliau bekerja hanya sekadar utk melaporkn dlm berita yg syarikat beliau bangkrap. Last skali, beliau hilang kerja dan bini dia yg sblum ni berhenti kerja kerana ingt die naik pangkat so x perlu dh la dua org dlm keluarga tu bekerja. Dan pd mase tu ekonomi Amerika mmg dh teruk dgn ramai org pon kehilangan kerja dan mencari kerja. And with time and pressure, u can see what man can do in order to survive.







movie trailer die


part aku paling suke mase die merompak rumah org dgn bini die sambil buat lawak dgn suara robot.haha

5) Yes Man!
- filem ni menceritakn psl Carl Allen seorg yg rela bersendirian utk mengelakkn konflik diri die dgn org lain dlm dunia ni. Kira mcm loser lone ranger la.. Even kawan2 die still berkawan dgn die tapi die sentiasa mengelak setiap kali kawan die ajak keluar ataupon ape2 yg bos die sruh.
So, satu hari die berjumpa dgn kawan lama die kat bank tmpt die kerja. Kawan lama dia ni mcm dia jugak la dlu, seorg lone ranger, tapi die dh berubah selepas menghadiri satu seminar. So, die pon ajak la Carl Allen ni utk pergi ke seminar tu yg bernama Yes!.. Selepas je die menghadiri seminar tu die pon berubah dgn sentiasa memberikan jawapan YES! setiap kali org mengajak die utk aktiviti2 luar rumah.









Movie trailer die

mase die naik Ducatti utk cari awek die.


Dan byk lagi movie2 die yg menarik tapi aku x sempat nk tulis dan cari semua. Len kali aku akan citer plak psl successor die from Hong Kong film Stephen Chow.huhu



Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Sunday, July 17, 2011

Balik ke tak balik?



Salam...

Tgh mlm tadi dapat satu panggilan daripada nenek aku yg mengirim barang daripada negeri Perak..


X pernah2 nenek aku telefon nombor henset aku dri rumah arwah atuk aku di kampung.. Mungkin mak dgn ayah aku balik kampung kot hujung mggu ni..


Die tanye bila nk balik Terengganu nanti bwk balik la barang tu.. Aku cakap bile la nak boleh balik trg.. dgn kerja2 yg selalu bertangguh (Final Year Project x siap2 lagi..huhu -_-! )

Dah la mid sem break hari tu dah x balik..Raye taun ni plak jatuh time study week plak tu.. mmg terbaik la..

So, dlm dilema skrg.. balik beraye ke ataupon beraye kat IRC UTP ni? huhu


P/s: kalau balik rumah kat Kuala Trg, boleh gak aku memancing kat port batu pantai seberang takir..dah lame kemarau x boleh ikan ni...haha


Sape x gigit jari beb tgok port memancing best blkg rumah aku je ni...



Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Friday, July 1, 2011

Zaman kecik - kecik dgn arwah atuk~



Salam..


Pagi tadi sempat la breakfast roti canai kat kedai mamak dgn member walaupon jam dh menunjukkan pukul 10 pagi... Bangun dh awal cuma breakfast je lambat.. Tapi bukan psl breakfast roti canai nk diceritakan dlm post kali ni.

Sedang asyik makan roti canai tu, tiba - tiba terpandang la dekat satu meja ni yg membuatkn berenti sekejap drpd melayan roti canai atas meja.. Bukan sbb ade awek cantik yg duduk dekat meja tu, tapi ade sorg budak laki kecik (umur dlm 3-4 tahun kalau xsilap) dengan atuk nye sedang breakfast skali (kira mcm atuk bawak cucu la pergi breakfast).. Diorg ni baru sampai dlm kedai tu so x order ape2 lagi..

Budak ni kalau ko tgok mmg bagus la...diam je dlm kedai tu..xde la buat bising2 ke ape dan die ikut je ckp atuk die.. Aku pon sambung la makan balik roti canai aku..

Bila aku dh abiskn roti canai terakhir aku, sambung balik tgok meja tadi.. Aku tgok pelayan kedai mamak tu letakkn teh tarik atas meja diorg..

Teh tarik kat kedai mamak tu, die akan bagi dlm cawan sekali dgn piring kecik bwh cawan tu.. Kalau korg selalu minum2 kat gerai kampung2, mcm ni la klu korg dapat air teh susu panas ke, milo panas ke..



Kemudian, atuk tu angkat cawan teh tarik die dan tuangkan teh tarik yg panas tu dlm piring kecik.. Pastu, die bagi la kat cucu die.. mcm dlm gambar bwh ni la atuk tu buat.. tujuan die buat mcm tu sbb nk sejukkan teh tarik tu supaya cucu die boleh minum.




Bila aku tgok je atuk die buat mcm tu, teringat balik zaman aku kecik2 dlu bila arwah atuk bwk aku pergi breakfast kat pekan.. Macam tu la selalu arwah atuk aku buat bile setiap kali die bwk pergi breakfast.. Die akan mintak satu teh panas, pastu die akan kongsi dgn aku dgn tuangkn teh tadi dlm piring kecil bwh cawan tu, tunggu biar sejuk, baru la aku boleh minum teh tu..

Mase tu agak jauh jugak la rumah arwah atuk aku dgn pekan Permaisuri, Setiu. Jarang2 jugak la breakfast jauh2 tu.. Itupon sbb nk singgah pasar beli barang dapur dan hanye bile mak ayah aku balik kampung arwah atuk aku bile hujung mnggu..

Bila teringat balik, mmg rindu jugak la time aku dgn arwah atuk dlu2.. selalu je kena manja dgn die bila balik kampung.. huhu

p/s : Al - fatihah utk arwah atuk. Semoga die di tempatkn di kalangan org2 yg beriman. amin





Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Wednesday, June 29, 2011

Under Pressure!





Salam.


Starting next week, all Hell are gonna break loose. but this one is only applicable for UTP student je la.. not other people.

Why? Sbb semakin menghampiri mid sem break, maka pada masa tu la segala mende kerja - kerja yg lecture bagi die nk mintak. Kerja2 tu termasuklah assignments, lab report, project report, presentation dan macam2 lagi la. Dan utk menambahkan lagi penderitaan kanak-kanak UTP, mereka di'jamu'kan pula dgn berbagai test - test satu utk setiap subjek yg ade. huh!
X kira fyp punye progress lagi tu..dh la sv asyik tanye je.. "ape update skrg ni?"

With all of this on ur mind, before, during and after u eat; before ,during and after u sleep; before,during and after u take ur shower and sometimes before, during and after facebook-ing.

This will build up pressure inside u n can make u do things u never dream in ur life. Yeah buddy, Pressure is killing ur inside slowly!

Kalau la ade feedback control system, di mana bila pressure sensor measured increase of pressure on u, then it will give signal to the controller. (x kisah la fuzzy controller ke PID ke)



Drpd controller tu, die akan bagi command signal kepada final element (control valve) utk increase the percentage opening of the valve utk release kn pressure tu. Kalau la badan korg ade control valve...huhu

Contoh feedback control system in real life


p/s: It's normal to have pressure in ur life. but too much of it, u will have to release it urself buddy.



Layan dlu video Under Pressure - by Queen and David Bowie.. mmg kena la dgn post kali ni.



Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Monday, June 20, 2011

Hari Aboh~



Salam...

walaupon dh boleh kate Hari Bapa dah berakhir pd pukul 12 mlm ni (Malaysia menyambut hari Bapa pada setiap Ahad yg ke- 3 pd bulan Jun) tapi x salah kalau aku nk ucapkn Hari Bapa kepada semua bapa2 dan bakal bapa. Tak tercatat dalam perlembagaan bahawa menjadi kesalahan untuk ucapkan Selamat Hari Bapa lewat sehari. (Ok melalut ke lain doh)

Kebiasaannya kat rumah aku akan panggil Bapa aku Aboh. Arwah atok aku pulak dipanggil Ayoh. (pelik sikit panggilan keluarga aku). Dh dari kecik disuruh panggil macam tu utk aboh dan ayoh aku, nak buat macam mane lagi.. Adik beradik dan sepupu2 aku pon semua mcm tu.



Kalau nk diingat balik mase sekolah2 dlu, tiap2 pagi buta, aboh la yg selalu antar gi sekolah. Walaupon aku sokmo bangun lambat tapi aboh la yg slalu bwk keta laju2 supaya aku dpt sampai awal ke sekoloh (tapi dlm perjalanan nk gi ke sekolah tu aku akan tido dlm kereta sbb jarak rumah dan sekolah aku jauh.. hehe). Aboh jugak la yg nk aku sekolah kat bandar (Sek Keb Sultan Sulaiman I) walaupon ade je sekolah yg dekat kat rumah aku mase tu. Aku tahu kenapa aboh buat mcm tu sbb nk bagi pendidikan terbaik utk anak2 die biarpun terpaksa susahkn dia nak hantar dan amik kat sekolah bandar.




Time sampai kat pintu sekolah pulak, aboh akan tanye aku pulak " Berapa nk duit saku ari ni?" walaupon die akan selalu bagi duit lebih utk tiap2 hari. Aku pulak masa kecik2 xpernah terpikir pon nk simpan duit tu. Selalu jugak aboh nasihat sruh simpan duit yg die bagi tu. Boleh simpan dlm akaun bank nanti. Kadang2 pulak tu, kalau tertinggal buku latihan ke alat lukisan x cukup ke , telefon la aboh pakai public phone sruh hantar time tu jugak walaupon die sibuk kerja. Tapi, aboh akan tetap hantar kat sekolah secepat yang boleh. Kalau pikir2 balik, banyok kali jugak aku buat mcm tu dlu walaupon aku mmg tau die sibuk bekerja.




Time nk balik sekolah pulak, aboh jugak la yg akan amik kat pintu sekolah. Naik kereta je mesti tanye "Hari ni blajo mende kat sekolah?" , " Ade keje rumah x ari ni?". Klu pergi tuisyen pon mesti die yg akan hantar dan amik jugak. Yuran pon die akan tolong bayorkn. Tempat tuisyen plak bukan dekat dgn rumah. Tapi result aku dlu mase darjah 1 -5 kadang2 teruk dan cukup2 makan je. Sokmo jugak la kena marah dgn aboh psl result sekolah, walaupon aku mase kecik2 dlu nk maroh jugak bakpe aku kena gi tuisyen sedangkn budak jiran2 aku boleh bermain ramai2 bila habis waktu sekolah.

Tu baru nk citer bab belajar kat sekolah dlu. Dop lagi masuk bab2 pakaian, makan minum , telefon , kenderaan ..

Mmg x terkira la berapa banyak pengorbanan yg aboh dh buat utk aku sorg, tak lagi kira utk 3 org lagi adik beradik aku yg lain.

Tapi, itu mmg dh tanggungjawab seorg bapa kepada anak.

Terima Kasih Aboh utk segala2 nya!




walaupon aku dop pernah bagi kad ucapan terima kasih atau hadiah kat aboh tapi x bermakna aku x pernah bersyukur dan berterima kasih dgn segala jasa2 dan pengorbanan selama ni utk aku. (aku mmg dop reti nk tunjuk kasih syg aku kat mak ayah aku secara depan2)

Aku sgguh bertuah dapat bapa yg penyayang dan bertanggungjawab mcm aboh walaupon die x tunjukkan kasih sayang secara depan2 dgn anak2 dia tapi aku tau die mmg syg semua anak die.

Semoga aku akan dapat membalas jasa kedua ibubapa aku nanti bila aku dah dapat segulung ijazah dan kerja yg stabil. Insya Allah!



p/s : tapi nak dpt kn ijazah kena la siapkan dlu fyp. btol x??
(mood tgh tensen dgn fyp sebenarnya ni..huhu)

Budak bwh ni pon tension dgn fyp gak nih..





Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

Search This Blog

Loading...