Anak along kena culik
2010/07/30
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang juga anak kepada along mengalami detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia bukan saja diculik, malah dibelasah sekumpulan peminjam wang yang gagal melunaskan tunggakan pinjaman daripada bapanya berjumlah RM10,000.
Bagi menambah penderitaan bapa mangsa, kumpulan penculik terbabit turut memintanya membayar wang tebusan sebanyak RM30,000 atau anaknya itu akan dicederakan.
Berikutan itu, pada 6 Julai lalu di Kelapa Sawit di sini, bapa mangsa dengan berat hati terpaksa memenuhi permintaan penculik sebelum anak serta rakan anaknya yang turut menjadi mangsa culik dibebaskan tidak lama kemudian.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebelum kejadian, peminjam wang terbabit bersama konco-konconya berjaya memancing along berkenaan untuk bertemu di satu lokasi di bandar raya itu kononnya bagi membincangkan hal berkaitan tunggakan hutang.
“Walaupun setuju untuk berunding, along terbabit menghantar anak dan rakan anaknya sebagai wakil. Mangsa kemudiannya keluar dari rumah mereka di Kelapa Sawit ke Teluk Danga kira-kira pada jam 10 malam 5 Julai tanpa menyedari ia satu perangkap.
“Kira-kira pada jam 5 pagi keesokannya, along terbabit dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan anaknya yang berusia 19 tahun diculik dan dia perlu membayar RM30,000 sebagai tebusan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.
Menurut Mohd Mokhtar, akibat bimbang anaknya dicederakan, along terbabit bersetuju dan membayar RM5,000 melalui pindahan akaun, manakala bakinya dibayar secara tunai, sebelum anaknya dan rakannya yang berusia 30 tahun dibebaskan.
“Hasil maklumat diterima pada 15 hingga 17 Julai, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya menyerbu sebuah rumah di Kota Tinggi dan menahan tujuh individu berusia 16 hingga 42 tahun termasuk dua wanita bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas buku bank, kad mesin juruwang automatik (ATM), sebuah Perodua MyVi, wang tunai RM6,500, buku lima, pisau lipat, loket milik mangsa serta enam telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata, polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes iaitu Al Annaz Wahid, 18, dan Mohd Hadi Hamdan, 29, kedua-duanya dari Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing.
“Tindakan itu menyalahi undang-undang, walaupun meminjam daripada along tidak bererti mereka boleh bertindak sesuka hati untuk melepaskan geram seperti membelasah mangsa,” katanya.
P/s : Macam - macam cita sgguh skrg ni...dlu2 Along yg culik peminjam duit, lepas tu kurung dlm basement sambil kena rantai kaki dgn tangan.. Skrg ni plak Along plak jadi mangsa dalam culik menculik ni.. apa nak jadi da~

By agent_8411





4 comments:
aik..macam terbalik?ke mmg terbalik?haha
btol la tu.. along jadi mangsa culik oleh peminjam duit along.. paham?~
faham doh laaa zul
aku saje jeee
ok...ingt demo tersaloh baco tadi
Post a Comment