Salam..
Jam skrg menunjukkan pukul 11.20 malam.. Sekejap lagi Malaysia akan menyambut kemerdekaan nya yg ke 53 semenjak 31 Ogos 1957 yg lalu.. Walaupon skrg ni kat luar rumah aku, hujan turun dengan sedikit renyai-renyai, tapi mungkin ada lagi yg bersemangat kental utk menyambut kemerdekaan kali ni..
Lama gila dh xmenaip kat blog ni.. Mungkin disebabkn sibuk di tempat kerja atau buat-buat perasan sibuk je kot.. Semenjak aku masuk UTP, lame dh tak pergi sambut kemerdekaan di dataran ataupon di stadium macam dlu2.. mungkin sbb perasaan malas ni yg menyebabkn aku xsambut merdeka ataupon xnak bersesak2 dgn org ramai semata2 nak tgok perarakan merdeka..dekat Ipoh dlu ni, aku xtau la mcm mane perarakan merdeka diorg.. tapi kalau dekat Kuala Terengganu tu, diorg akan berarak dri Stadium dlm bandar tu sampai la dekat Dataran Batu Burok..mmg boleh kate ter agak jauh gile..
Aku pernah dlu time sekolah ikut budak2 Band sekolah aku berarak (walaupon aku bukan ahli band tapi PBSM yg merawat org pengsan dan bagi minum air kat diorg), itu pon berasa penat dh dgn berjalan kaki dari stadium sampai la ke pantai batu burok tu.. mcm mane la budak2 band yg bawak alat muzik masing2 tu boleh tahan jalan jauh mcm tu skali.. lagi2 yg kena bawak drum besar2 tu.. mane ade substitute2 time berbaris tu..haha
Ape2 pon, tujuan aku menaip kali sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia ialah kerana baru-baru ni aku pernah menonton video2 kat you tube..
Kalau korg tgok video pertama ni, die menceritakan psl imigran2 dr Honduras n Mexico yg nak mencari peluang pekerjaan kat Amerika.. ini kerana di Honduras, tiada banyak peluang pekerjaan yg terdapat di sana dan kalau ada pun memang tidak dapat menampung keperluan keluarga2 diorg dgn gaji yg kecil..
So, salah satu cara diorg utk cross ke America ialah dgn "menumpang" kereta api yg ingin pergi ke Amerika ni.. Dalam diorg "menumpang" tu, mcm2 mende yg boleh terjadi sampai berpuluh2 org yg terjatuh dr kereta api ni kebanyakannya sume putus tangan, kaki, ada yg mati.. tu tak termasuk kalau ade gangster atau tentera sempadan yg memeras ugut diorg ni lagi (diorg mintak duit, kalau xbagi diorg tembak mati ataupon buang dr kereta api tu)
Sampai ade org terpaksa bina pusat perlindungan utk org2 imigran ni yg terjatuh dri kereta api tadi yg kebanyakkan diorg putus tangan dan kaki ni.. Dan walaupon ade sesetengah tu dah putus tangan, tapi masih diorg nk cross gak ke Amerika dgn naik kereta api ni balik... Diorg sanggup bergadai nyawa kerana nk cari kerja di tempat org..
Dan kalau korg tgok video kedua ni plak, die menceritakan psl pelarian perang Muslim Somalia yg terpaksa melarikan diri dri tanah air diorg kerana perang.. Perang yg bermula dgn pencerobohan tentera Eithopia ke atas Somalia.. so pelarian2 Somalia ni sume terpaksa menaiki bot2 utk melarikan diri dripada konflik perang ke Yaman.. Dlm perjalanan nk sampai ke Yaman tu, ramai yg mati sbb lemas, dibuang ke dalam laut dri bot, bot karam dan banyak lagi.. tapi ade jugak org yg selamat smpi kat Yaman.. tapi bile diorg sampai je di Yaman, diorg terpaksa cross desert kat Yaman utk sampai ke bandar2 yg ade..
So, kesimpulannya, kita memang patut bersyukur la kita masih aman di Malaysia.. kerja ada,rumah ada, elektrik ada, air ada, boleh pakai kereta dan lain2....
Tak macam diorg ni sume yg terpaksa "berhijrah" utk mencari tempat yg lebih baik...

By agent_8411






3 comments:
btol2...
saya bangga jadi 'ANAK MALAYSIA'...
Yg berarak tue ok lg Cheoh..
bab kna berdiri kat stadium smpai abeh upacara perasmian tue yg x tahan tue...
bapak penat dow..!!
ketar lutut dibuatnya...huhu
Alhamdulillah..sy bersyukur jd anak Malaysia :D
amir burn : xpe..time org berdiri MB bagi ucapan tu, aku duduk je..hahaha
kuyam : sy pon
Post a Comment