Tuesday, February 1, 2011

Pengajaran dari filem Joint Security Area yg terbaik



Salam...

Tadi baru je abis tgok satu muvie... Jarang sebenarnya aku tulis review psl muvie ni, tapi lepas aku habis tgok tergerak rase nk kongsi skali pengajaran2 yg aku dpt drpd citer ni

Sebelum aku pergi dgn pergi jauh lagi, tajuk movie ni ialah "Joint Security Area (2000)", sebuah filem Korea yg dilakonkan oleh laki2 dan pompuan korea.. aku tau rmi yg minat awek2 dan pakwe2 korea smpi abis sumer tajuk dan pelakon drama series korea korg dh hafal... Aku sbnrnya mmg x minat sgt la tgok drama series atau filem korea ni... Hanya satu dua je yg aku pernah tgok dan mmg banyak moral dan pengajaran yg aku dpt dri filem tu.. Salah satu nye filem korea lain yg aku tgok ialah Taekukgi... filem yang agak femes dlu aku rase mungkin korg sume dah pernah tgok kot...so aku xnak la citer psl filem tu..


Movie Joint Security Area ni berkisarkan De-militarized Zone (DMZ) di sempadan antara Korea Utara dan Selatan... Kalau korg2 yg belum tahu, selepas tamat perang Korea (1950 - 1953), Korea telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Korea Utara yg berfahamankan komunis dan Korea Selatan yg berfahaman kapitalis sambil dibantu oleh Amerika Syarikat... Di sempadan antara dua negara ni, telah diisytiharkan Kawasan Tanpa Militari atau DMZ.... Maknanya kedua2 negara tidak boleh meletakkan base tentera atau kehadiran bala tentera dalam skala yg rmi dan besar di zon yg telah diisytiharkan DMZ....
Bangunan Tentera Sempadan Korea Utara

Tentera2 Korea Utara dan Selatan berdiri jaga sempadan

Sempadan yg memisahkn Korea Utara dan Selatan


Satu2 nya tempat yg kedua2 negara ni boleh meletakkan askar mereka serta dengan kehadiran tentera pemerhati lain adalah di kampung Panmunjeom atau org putih biasa panggil Joint Security Area (JSA).... Di kampong tu la, kebiasaannya berlaku negotiation antara North Korea dan South Korea dengan kehadiran pihak berkecuali (Sweden dan Swiss) berserta media.... Kalau korg biasa tgok dlm movie2 atau dokumentari psl Korea Utara dan Selatan, mesti korg akan tgok tmpt ni.. Alah tempat ni ada bangunan dan sempadan antara Korea Utara dan Selatan.. Lepas tu mesti ada askar dri dua2 negara yg berdiri tercegat menjaga sempadan tu sepanjang hari tak kira hujan ke panas terik ke... Askar yg ada dlm bangunan pulak akan pki teropong (binocular) tgok kat kawasan musuh masing2 kalau ade ape2 mende pelik yg boleh terjadi...


So, berbalik kepada filem ni plak, cerita nya bermula apabila ade seorg askar Korea Selatan yg kena tinggal daripada skuad ronda die... Masa kena tinggal tu, kaki die terpijak periuk api yg dipasang di sempadan tu... Lepas tu, datang la dua org askar Korea Utara yg masa tu mencari anjing peliharaan diorg yg terlepas.. Anjing tu datang dekat dgn kawasan askar Korea Selatan yg terpijak periuk api tadi.. So, askar2 Korea Utara tu kejar punye kejar anjing tu terkejut la terjumpa askar Korea Selatan tadi tgh terpacak berdiri... Bile diorg tau yg askar Korea Selatan tu terpijak periuk api, diorg dh nk blah dri tempat tu.. Tapi kesian kn askar Korea Selatan tu, diorg patah balik dan selamatkn askar Korea Selatan tu dri periuk api...

Bermula dri situ, askar Korea Selatan tu terhutang budi la dekat dua org askar Korea Utara yg tolong selamatkan nyawa die.. Tak lama kemudian, askar Korea Selatan ni dpt tau yg dua2 askar Korea Utara yg tolong die tu jaga pos tentera Korea Utara yg bertentangan dgn pos tentera Korea Selatan di satu jambatan... So, die ni pon antar la surat dgn cara ikat surat tu dgn bata then lempar ke pos diorg.. Ingtkn diorg x nak balas surat tu, tapi askar2 Korea Utara tu balas gak surat tu...
Jambatan tempat pos diorg

Lepas beberapa kali main lempar2 surat, askar Korea Selatan ni ambil keputusan utk pergi ke pos Korea Utara tu... Dgn beraninya, dia bukak pintu pos tentera Korea Utara sambil dua org askar Korea Utara tadi terkejut.. Tapi last2 diorg sembang2 sambil askar Korea Selatan ni selalu pergi ke pos tentera diorg bila sampai je waktu malam sambil bwk hadiah2...Sampai askar Korea Selatan ni anggap dua org askar Korea Utara ni mcm abang die dh...

Then, satu malam tu, askar Korea Selatan ni ajak partner die skali utk pergi ke pos tentera Korea Utara.. Mula2 mmg berat hati, tapi tgokkn kepada dua org askar Korea Utara ni baik2 die pon ikut skali..

So, tiap2 malam, askar Korea Selatan ni akan sneak out dri pos diorg dan pergi sembang dgn askar Korea Utara ni.. Kdg2 diorg bawak rokok dan makanan dri US bagi ke askar Korea Utara ni... Siap main game same2 lagi...

Kemuncak cerita ni bila pada satu malam tu, tgh diorg duk sembang2 dlm pos Korea Utara, seorang komander tentera korea Utara datang melawat pos tentera tu.. Askar2 Korea Selatan ni yg terkejut lalu keluarkan senjata dan acu ke muka komander tentera korea Utara tu.. Komander tu pon same gak acukan pistol kat askar2 korea Selatan yg ada dlm pos tu...

Dua org askar Korea Utara tu cuba pujuk komander diorg yg askar2 Korea Selatan ni cuma datang sekejap je...Komander tu x percaya dan sruh sorg askar Korea Utara ni utk acukan gak pistol die kpd askar Korea Selatan tu walaupon diorg kawan....Then, dalam kelam kabut tu terjadi lah tembak menembak menyebabkn komander dan sorg askar Korea Utara tadi tu terbunuh.. Akibat drpd tembak menembak dlm pos tu, askar2 lain dri dua Korea Utara dan Selatan tu dtg utk bagi bantuan.. Sorg lagi askar Korea Utara yg masih hidup suruh kawan2 die askar Korea Selatan utk larikan diri balik ke pos diorg....

Lepas insiden tu, kedua2 askar Korea Selatan tadi selamat dan tinggal sorg je member diorg dri Korea Utara yg terselamat... Pihak pemerhati (Swiss dan Sweden) datang dan buat investigation utk siasat pihak mane yg mulakan dulu insident tu.. Namun, mcm biasa dlm peperangan, akan ada dua cerita drpd dua2 negara Korea Utara dan Korea Selatan tu..

Yg lain2 tu aku rase korg boleh tgok sndiri dri filem ni...


Tapi yg paling penting skali drpd filem ni, menunjukkan naluri manusia yg ingin berkawan walaupon diorg musuh negara dan berbeza fahaman..

Diorg cuma mengikut arahan negara mereka, komunis nk dgn cara komunis, korea selatan dgn cara diorg sndiri.. US plak yg menyokong Korea Selatan mesti ada sebab2 kepentingan negara die sndiri drpd perang ni... Kadang2 disebabkn perbezaan ideologi dan fahaman diorg kena angkat senjata dan bunuh membunuh masing2... Kalau perang korea xde dlm dunia ni, agak2 mcm mane hubungan mereka masing2 walaupon bukan tentera...


Ape2 pon, layan klip trailer filem ni


Video ni plak agak menarik kerana dlm ni la 4 org sahabat tentera korea Utara dan Selatan ni bersama2 jaga sempadan di Panmunjeom...


muka2 4 org sahabat ni.. 2 org tentera korea utara dan 2 org korea selatan...







Image Hosted by ImageShack.us
By agent_8411

2 comments:

barbaramori89 said...

hehhe..layan muvie korea gak rupenye...hehhe..ood job...:)

~Zulfadhli Mazlan~ said...

aku xlayan citer korea jiwang..sakit mata dan ati aku tgok~

Search This Blog

Loading...