Salam..
Tgh dok tensen2 psl FYP aku ni, tiba2 tergerak hati nk buat post baru dlm blog yg dh berhabuk lagi bersawang ni.. Skrg ni dh mls nk update blog sbb slalu buat2 sibuk dgn FYP (biarpon x pernah sibuk pon sbrnya)..Takpe dh final year ni boleh la claim sibuk dgn FYP..huhu
Ok, kembali pd tajuk post kali ni, baru2 ni aku ade ter-donlod (tak sengaja donlod) satu movie ni. Tajuk die October Sky, movie yg diadaptasikn drpd buku memoir Rocket Boys.

So, movie ni menceritakan psl seorg NASA Engineer, Homer Hickam, anak kpd John Hickam. Ayah die merupakan pengurus lombong arang batu di Coalwood. So, dlm bandar Coalwood tu, aktiviti melombong arang batu ni boleh dianggap sbg satu2 nye industri yg menyebabkn bandar itu hidup dan wujud. Sampaikan apabila pelajar sekolah menengah dkt Coalwood dh habis belajar, mmg akan bekerja sbg pelombong di lombong arang batu dekat situ. (Diorg dh terima nasib diorg yg hanya akan bekerja di lombong arang batu ).
Dan pada masa tu, US tgh panik sbb USSR dah ade satelit diorg sndiri , Sputnik 1, yg kononnya2 USSR sengaja melancarkan satelit tu utk meng-spy US masa era Cold War. So, drpd semangat utk tolong US lancarkn satelit diorg sndiri dgn inspirasi yg cikgu sains sekolah diorg, Miss Riley, Homer Hickam merancang dgn kwn2 dia (Roy Lee Cooke, Sherman O'dell dan Quentin Wilson) utk bina roket sndiri supaya US dpt lancarkn satelit diorg sndiri. (Pd masa tu, dh ada saintis dan engineer US yg cuba utk lancarkan roket sndiri tapi semuanya gagal dan meletup)
So, diorg cari sndiri info dan buku2 psl cara membina roket (noted pd zaman tu internet tak ade lagi dan pekan diorg hanya ada byk buku2 psl lombong arang batu je) tapi still diorg cuba utk bina roket diorg sndiri daripada kosong.. Diorg cari besi, campur serbuk bahan api sndiri dekat sekolah dan buat badan roket sndiri dgn mesin2 yg ade dekat lombong arang batu.
Then, diorg test utk lancarkan roket tu. Byk kali jugak la cubaan diorg sblom berjaya lancarkan roket dgn betul dan tidak meletup.
Tapi, John Hickam ni bantah Homer Hickam ni utk bina roket ni sbb die berharap anak dia dpt tolong die dgn bekerja di lombong arang batu. Sbb mmg ayah dia dh fikir yang Homer Hickam ni sesuai jadi pelombong arang batu mcm dia.
But then, last skali ayah die sendiri yang bangga dgn Homer Hickam ni sbb berjaya gak bina roket sndiri.
Dan ramai jugak la yg x percaya yg Homer Hickam ni boleh bina roket ni terutamanya Pengetua Sekolah dia yg anggap diorg buat kerja tak berfaedah sampai tuduh roket diorg yg menyebabkn kebakaran di satu gudang. Ade satu scene yg Homer Hickam ajar pengetua tu sndiri psl formula trajektori roket tu yg sepatutnya tak akan jatuh dekat dgn gudang tu tapi di tempat lain.
Aku nak citer panjang2 pon tak reti gak. So, kena tgok sndiri la movie ni. Aku rated filem ni antara the best filem dlm movie list aku.
Bila diorg dewasa, Homer Hickam menjadi Aerospace Engineer utk NASA, kawan2 die Quentin Wilson menjadi Chemical Engineer utk oil and gas company, Roy Lee bekerja sbg automobile car dealer and retired banker dan O'dell ade syarikat insurance agency.
Homer Hickam, retired NASA Aerospace Engineer
Source : Homer Hickam website

By agent_8411







0 comments:
Post a Comment